Hikayat Raja Donan
Kisah berlaku di Gunung Mandi Angin
yang diperintah oleh Raja Madong Bongsu.
Baginda dikurniakan seorang putera yang
lahir dengan penuh keajaiban. Apabia dilahirkan,
puteranya jatuh ke tikar, tikar koyak,
jatuh ke lantai, lantai patah dan akhirnya jatuh ke tanah.
Kemudian diambil oleh Bidan Nan Tujuh.
Lahir bersama puteranya, sebilah pedang di tangan
kanan, sebiji telur di tangan kiri dan
selaras senapang di bahu kanan. Puteranya dinamakan Raja
Donan atau turut dikenali dengan Awang
Donan.
Raja Madong Bongsu memanggil Nujum Nan
Tujuh ke istana untuk menilik nasib baik
atau buruk puteranya. Enam orang nujum
membuat tilikan Raja Donan akan membawa celaka
kepada negeri Gunung Mandi Angin. Manakala
Nujum Nan Bongsu menilik Raja Donan akan
membawa tuah kepada negeri Gunung Mandi
Angin. Raja Madong Bongsu percaya kepada
tilikan enam orang nujum dan mengambil
keputusan untuk membunuh puteranya. Namun, hasrat
baginda tidak kesampaian kerana dihalang
oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda
Pengasuh. Raja Donan dibawa mengembara
ke Pulau Sembilan dan dipelihara di sana oleh
mereka berdua dengan penuh kasih
sayang.
Setelah meningkat remaja, Raja Donan
menebang buluh untuk membuat seruling di tepi
sebatang sungai tetapi tidak berjaya.
Ketika itu, datang seekor gagak betina yang buta bersama
seekor anaknya ke tempat Raja Donan.
Burung gagak bersetuju untuk mengajar Raja Donan
membuat seruling, dengan syarat Raja
Donan memberikan kerak nasi kepada anaknya. Raja
Donan telah memukul mata gagak dengan
kerak nasi dan dengan takdir tuhan, mata gagak yang
buta menjadi celik. Kemudian burung
gagak mengajar Raja Donan cara untuk membuat seruling
Gagak menyuruh Raja Donan menebang
buluh dan dicampakkan ke air dan mengambil buluh
yang hanyut ke hulu sungai untuk dibuat
seruling.
Pada waktu malamnya, Raja Donan
membakar gobek untuk menyelar buluh seruling.
Ketika itu, Raja Donan terdengar bunyi
dentuman bedil dari arah negeri ayahandanya yang
memberi alamat bahawa negeri Gunung
Mandi Angin diancam musuh. Setelah meminta izin
daripada Temenggung Bendahara dan Mak
Inang Tanda Pengasuh, Raja Donan melayang ghaib
ke negeri Gunung Mandi Angin unutk
membantu ayahandanya.
Berlaku pertarungan hebat antara Raja
Madong Bongsu dengan Raja Mambang Nan
Tujuh. Raja Madong Bongsu berjaya
membunuh Mambang Nan Tua bersama lima lagi Raja
Mambang. Tetapi akhirnya Raja Madong
Bongsu berjaya dibunuh pula oleh Raja Mambang Nan
Bongsu. Raja Donan kemudiannya berpura-pura
baik sebagai satu muslihat untuk membunuh
Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan
menjadikan Raja Mambang Nan Bongsu sebagai bapa
angkatnya dan belajar ilmu persilatan
dengannya. Ketika belajar bersilatlah Raja Donan Berjaya membunuh Raja Mambang Nan
Bongsu. Ketujuh-tjuh bangkai Raja Mambang Nan Tujuh
dijadikan makanan buaya putih.
Sebelum pulang ke Pulau Sembilan, Raja
Donan telah menghidupkan kembali
ayahandanya yang mati dibunuh Raja
Mambang Nan Bongsu. Mayat ayahandanya diletakkan di
atas sebidang tikar putih dan kain
putih. Kemudian berseru-seru kepada Allah S.W.T dan
membangkitkan asal usul keturunannya.
Pada masa yang sama, Raja Donan menabur beras putih
sebanyak tiga kali dan mengenakan lidi
nyiur gading kepada mayat ayahandanya.
Permaisuri telah memberitahu Raja
Madong Bongsu bahawa baginda telah dihidupkan
oleh anakandanya Raja Donan. Raja
Madong Bongsu insaf dengan kesilapan yang telah
dilakukan dan berhasrat untuk mencari
anakandanya. Baginda berangkat ke Pulau Sembilan dan
berjumpa dengan tiga orang pemukat
iaitu penyamaran Raja Donan, Temenggung Bendahara
dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Setelah
gagal bertemu dengan anakandanya, Raja Madong
Bongsu pulang semula ke negeri Gunung
Mandi Angin. Raja Madong Bongsu pergi kali kedua
ke Pulau Sembilan untuk mencari dan
ingin bertemu dengan anakandanya.namun usahanya juga
gagal kerana Raja Donan, Temenggung
Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma
menjadi gabus.
1)
Ciri
– Ciri :
1.
Berbahsa Klise (Biasanya
diawali: Syahdan, Hatta, Pada suatu hari,
Alkisah)
2. Ceritanya seperti Gambaran masyarakat yang statis
3. Digunakan untuk mendidik masyarakat sekitar pada zaman itu
4. Merupakan Sastra lisan (Diceritakan)
5. Tidak diketahui nama pengarangnya
(Anonim )
6. Cerita berkisar kehidupan kekerajaan atau kaum bangsawan
Alkisah)
2. Ceritanya seperti Gambaran masyarakat yang statis
3. Digunakan untuk mendidik masyarakat sekitar pada zaman itu
4. Merupakan Sastra lisan (Diceritakan)
5. Tidak diketahui nama pengarangnya
(Anonim )
6. Cerita berkisar kehidupan kekerajaan atau kaum bangsawan
2)Unsur Instrinsik :
Tema : Keistimewahan dan
kepahlawanan seorang putera raja
Plot : Maju
Setting : Istana Raja Madong
Bongsu , Gunung mandi angin , dan Pulau Sembilan
Karakter : a) Raja Donan :
Pintar : Raja
Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma menjadi gabus
Berani : Raja Donan
kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu muslihat untuk membunuh Raja Mambang
Nan Bongsu.
Penolong : Raja Donan
melayang ghaib ke negeri Gunung Mandi Angin unutk membantu ayahandanya.
b) Ayah Raja Donan
Zalim : Raja Madong Bongsu percaya
kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh
puteranya.
Insaf : Raja Madong Bongsu insaf
dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya
c) Temenggung Bendahara
dan Mak Inang Tanda
Baik hati :Sebagai pengasuh Raja
Donana
d) Raja Mambang Nan
Bongsu
Serakah : Pembunuh ayah Raja Donan
Amanat : Jangan terlalu percaya
perkataan orang lain . Kita harus mengurangi rasa kekejaman terutama kepada
anak .
Sudut pandang : 3
Gaya Bahasa :
Sinopsis :
Saat
Awang Donan lahir , 6 nujum meramalkan bahwa Awang Donan pembawa buruk namun
seorang nujum berkata lain . Akhirnya Ayah Awang Donan berniat membunuh Awang
Donan namun niatnya berubah ketika Temenggung dan Mak Inang Tanda memohon .
Akirnya Awang Donan di asingkan di Pulau Sembila . Saat Dewasa , Awang Donan
mendengar keributan di Gunung Mandi Angin . Awang pun pergi menyelamatkan Ayah
dan Bundanya . Namun Awang terlambat , Ayahnya telah di bunuh oleh Raja Mambang
Nan Bongsu . Ia lalu membalas dendam dan menghidupkan kembali Ayah Awang Donan
. Akhirnya Ayah Awang Donan insaf . Ia mencari anaknya Ke Pulau Sembila . Namun
Awang Donan , Temenggung dan Mak Inang Tanda menyamar menjadi gabus .
3 komentar:
terima kasih post nya
min itu agya bahasanya gimana?
eh gaya
Posting Komentar